Lukis dan Terus Lukis

Lukis kartun ni takder satu institusi yang formal di Malaysia ni. Kebanyakannya belajar sendiri, cuba-cuba tiru dan akhirnya dapat stroke yang disukai. Itu baru satu bab. Belum lagi masuk cara nak olah idea dan jadikan satu cerita.

Syukur masa aku start dulu ada juga rujukan dari buku karya kartunis Rossem. Itupun aku dapat dalam bentuk fotokopi. Aku pun tak berapa ingat macam mana aku bole dapat buku tu. Selain dari tu aku rujuk dari majalah Gila-Gila dan Gelihati lah… ceduk sana sini.

Stroke kartun aku sentiasa berubah-ubah tapi sebab cara garisan aku sama, jadi tak lari jauh pun. Pusing-pusing macam tu juga. Ramai kartunis yang aku admire antaranya Kartekana, Nen, Kulat, Kerengge, Don, Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Adeputra, Pink, Nik, Ambo, Yo, Yaz Malee… ramailah. Tapi aku banyak tiru dari Kartekana. Aku suka kartun panggung propesta dia dalam Gelihati dulu.

Jadi kepada sesiapa yang nak start lukis kartun, jangan banyak fikir… lukis dan terus lukis. sampai kita puas.

Idea Tak Simpan Lama

Masa terluang zaman sekolah dulu memang aku penuhkan dengan melukis kartun atau membaca majalah kartun selain dari bersukan. Masa tu otak memang ligat terpikir macam-macam idea kartun. Dia asyik melintas jer dalam kepala otak aku dan kalau aku tak cepat lukis memang akan lupa terus. Nak tulis malas… main ingat gitu je.

Kartun atas tu aku lukis tahun 1992 dalam buku kertas taip. Biasanya aku jarang sekali sketch, terus balun dengan pen. Tapi untuk publish dalam galeri ni, aku ejas kasik kemas skit. Lagipun karya asal dah warna kuning kertasnya… maklum la lebih 20 tahun dah. Korang tengok la lukisan asalnya camna.

Ini antara idea-idea yang aku rejek dulu. Saja lukis sebab masa tu aku rasa lawak hahaha… Tak pernah lagi tersiar mana-mana majalah, aku simpan sebagai sejarah hidup je lah.

Peristiwa Tahun 1991

Dalam bulan Ramadhan tahun 1991, kartun aku dipilih untuk diterbitkan dalam Bakat Kita Gelihati. Kali ni memang tema puasa jadi pilihan penerbit, jadi kartun aku cepat jer tersiar.

Cuba korang baca cerita tu, confuse kejap kan? Kenapa Sungai Buloh? Kartun ni sebenarnya tak berapa relevan sangat pada masa sekarang sebab ceritanya berkisar peristiwa besar tahun 1991. Kalau siapa yang dah masih ingat pada tahun tu ada satu kes kebakaran kilang mercun kat Sungai Buloh. Gempar jugak berita tu.

Ni keratan akhbar yang aku jumpa dalam internet pasal peristiwa tu. Aku pun tak sensitif sangat tentang isu ni, apa yang terfikir idea terus jer lukis. Kalau sekarang mungkin ada jugak kena kecam.

Kalau mengikut kata-kata Pak Jab, kartun adalah satu medium untuk merakam peristiwa semasa, gelagat manusia dan suasana pada masa dilukis. Jadi kartun aku ni dikira salah satu daripadanya lah.

Zaman ni era Vanilla Ice, ko tengokla kartun aku pun terpengaruh jugak dengan fesyen waktu tu.

Mamat yang jual mercun tu pakai baju macam aku hahaha… tu tshirt favourite aku dulu, tshirt Robert Plant. Ok..nanti kita sambung lagi.

Asyik Bertukar Nama Pena

Sejak aku mula-mula melukis tahun 1987, aku letak nama awalnya E.j.E.j Bong. E.j.E.j tu ringkasan bunyi nama asal aku dan Bong tu tak tau datang dari mana. Mungkin sebab nak sedapkan bunyi nama tu hahaha…

Nama E.j.E.j tu aku start fed up nak guna bila orang baca ejej… pastu tanya aku apa tu ejej? Padahal aku dah letak titik. Jadi aku start tukar kepada Riezal, lagi tak best…Tapi aku guna la sekejap sampai tahun 1989.

Tah macam mana, aku dapat idea nak letak nama Kerdas. Masa tu bukan lagi zaman majalah Ujang dengan kartunis ada nama-nama sayur dan buah. 1989 tu aku tukar Kerdas. Mungkin nama tak serasi, aku tak gunakan sangat nama tu.

Hujung tahun 1989 bila aku decide nak hantar kartun ke Gila-Gila, aku mula fikir nama yang mudah dan ringkas tapi unik. Setelah mengkaji aku jadi malas nak fikir, aku letak je Zal. Tiga huruf belakang nama aku. Setel. Itulah nama pena aku carry sampai tahun 1997. Masa aku dah nak habis study kat UTM, aku mula mencari nama lain.

Muncul nama woren76. Sejarah nama ni bermula pada zaman internet MiRC bila aku guna nama WorenG sebagai OP Channel. Asal nama ni aku ambil dari kereta KE-70 warna oren yang aku guna masa study. Untuk nampak unik aku tambah huruf W kat depan, jadilah Woren. Aku masih tak puas hati.

Zaman tu aku ada satu t-shirt tulis 76ers. Team baseball US. Sempena tahun aku lahir pun 1976. Jadi aku gabungkan dalam nama aku woren76. Haa.. baru unik. Jadi aku teruskan guna nama tu sampai sekarang. Emel aku yang pertama pun aku setup woren76@hotmail.com tapi emel tu dah tak wujud sebab hotmail pun dah dijual.

Jadi itulah cerita panjang lebar pasal nama pena. Enjoyla kartun dalam ni. Aku cuba upload mana sempat. Slow-slow la baru syok.

Kartun Rock Tahun 1988

The 3 Serabut antara kartun terawal aku buat selepas aku siapkan komik DIY namanya Komik Bon yg hilang diklepek oleh sapa pun xtau. Nnt aku ceritakan pasal Komik Bon dlm post yg lain.
Kartun 3 serabut ni ada 5 episod kisah 3 Mat Rock yg duduk serumah. Apa jer berlaku semua jadi serabut akhirnya.
Kartun ni aku buat tahun 1988, tahun aku amik UPSR di Sekolah Teruntum.
Nama pena masa ni E.j.E.j Bong. Aku amik dari bunyik manja nama penuh aku (Iszarizal) ….akhirnya aku buang Bong tu tinggal E.j.E.j jer..
nnt aku upload 4 episod lagi…. lambat juga nk kemaskan dan cuci scanned file dari kertas buruk.

Klik sini untuk kartun penuh : http://woren76.com/comic/the-3-serabut/

Kartun Pertama di Gila-Gila

Selamat Datang ke woren76.com … Galeri kartun online aku. Web ni aku setup kali kedua bila versi pertama crash bila aku update plugin. Dan yg bestnya aku tak sempat back up hahaha. Habis punoh semuanya.

Anyway, aku tetap teruskan. Kartun pertama yang aku upload adalah naskah pertama aku yang tersiar di majalah Gila-Gila. Original copy aku aku dah takder. Nasib baik aku sempat fotokopi dulu. Kartun ni aku buat masa umur 12 tahun, ya darjah 6. Lepas abis periksa UPSR aku nekad nak hantar kartun ke majalah.

Alhamdulillah akhirnya tersiar pada tahun 1990. Masa ni aku hantar beberapa kartun ke ruangan Senyum Pelajar…satu lepas masuk dan aku dibayar RM10.00 dari Creative Enterprise dan satu (1) Majalah Gila-Gila terbaru… Best kan.