Asyik Bertukar Nama Pena

Sejak aku mula-mula melukis tahun 1987, aku letak nama awalnya E.j.E.j Bong. E.j.E.j tu ringkasan bunyi nama asal aku dan Bong tu tak tau datang dari mana. Mungkin sebab nak sedapkan bunyi nama tu hahaha…

Nama E.j.E.j tu aku start fed up nak guna bila orang baca ejej… pastu tanya aku apa tu ejej? Padahal aku dah letak titik. Jadi aku start tukar kepada Riezal, lagi tak best…Tapi aku guna la sekejap sampai tahun 1989.

Tah macam mana, aku dapat idea nak letak nama Kerdas. Masa tu bukan lagi zaman majalah Ujang dengan kartunis ada nama-nama sayur dan buah. 1989 tu aku tukar Kerdas. Mungkin nama tak serasi, aku tak gunakan sangat nama tu.

Hujung tahun 1989 bila aku decide nak hantar kartun ke Gila-Gila, aku mula fikir nama yang mudah dan ringkas tapi unik. Setelah mengkaji aku jadi malas nak fikir, aku letak je Zal. Tiga huruf belakang nama aku. Setel. Itulah nama pena aku carry sampai tahun 1997. Masa aku dah nak habis study kat UTM, aku mula mencari nama lain.

Muncul nama woren76. Sejarah nama ni bermula pada zaman internet MiRC bila aku guna nama WorenG sebagai OP Channel. Asal nama ni aku ambil dari kereta KE-70 warna oren yang aku guna masa study. Untuk nampak unik aku tambah huruf W kat depan, jadilah Woren. Aku masih tak puas hati.

Zaman tu aku ada satu t-shirt tulis 76ers. Team baseball US. Sempena tahun aku lahir pun 1976. Jadi aku gabungkan dalam nama aku woren76. Haa.. baru unik. Jadi aku teruskan guna nama tu sampai sekarang. Emel aku yang pertama pun aku setup woren76@hotmail.com tapi emel tu dah tak wujud sebab hotmail pun dah dijual.

Jadi itulah cerita panjang lebar pasal nama pena. Enjoyla kartun dalam ni. Aku cuba upload mana sempat. Slow-slow la baru syok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*